Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 27 Mac 2004 adalah bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Ia juga bermaksud untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Justeru, penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh JAWHAR adalah merupakan satu inisiatif ke arah memastikan pengurusan aduan dan pertanyaan daripada stakeholders dan pelanggan dapat diurus dan diselesaikan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan serta menggambarkan penyampaian perkhidmatan yang melangkaui ekpektasi. Semoga platform yang disediakan ini juga akan lebih mendekatkan rakyat dan kerajaan dan membantu JAWHAR untuk terus berperanan sejajar aspirasi dan dasar semasa Kerajaan dan core business JAWHAR.
Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Maklum balas anda amat penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.